Wednesday, May 12, 2010

Drama Sari Maya 2 yang disiarkan di TV9 pukul 7.30 malam: Dibintangi oleh: Nabila Huda & Diana Amir - Episode 1 - 13


Sari Maya 2 Episode 1 hingga 13

Sari Maya 2: Episode 1

Sari Maya 2: Episode 2

Sari Maya 2: Episode 3

Sari Maya 2: Episode 4

Sari Maya 2: Episode 5

Sari Maya 2: Episode 6

Sari Maya 2: Episode 7

Sari Maya 2: Episode 8

Sari Maya 2: Episode 9

Sari Maya: Episode 10

Sari Maya: Episode 11

Sari Maya: Episode 12

Sari Maya: Episode 13


Sari Maya Episode 1 hingga 26

Drama yang mengandungi 26 episod ini mengisahkan tentang Dali, yang telah mempunyai isteri bernama Aishah, berkahwin untuk kali kedua bersama Rubiah. Aishah sedih sedih dengan tindakan suaminya yang menyebelahi isteri kedua. Di takdirkan kedua-dua isteri Dali mengandung dan melahirkan anak perempuan. Anak Aishah diberi nama Maya dan anak Rubiah pula bernama Sari. Drama bersiri Sari Maya adalah terbitan GBSB.

Dibintangi oleh:
Fauzi Nawawi
Zizie Ezette
Liyana Jasmay
Nabila Huda
Kuza

Sinopsis

Drama SARI MAYA yang mengandungi 26 episod ini mengisahkan bagaimana Aishah, isteri pertama Dali melalui saat-saat getir apabila mendapat tahu dia dimadukan oleh suaminya. Dali telah memperisterikan Rubiah sebagai isteri keduanya tanpa persetujuan Aishah. Ini membuatkan Aishah berasa amat sedih dengan tindakan suaminya itu. Saban hari, Dali lebih meluangkan masa bersama Rubiah. Rubiah pula cuba mencari pelbagai helah agar Dali tetap tinggal bersamanya tanpa mempedulikan Aishah.

Aishah dan Rubiah ditakdirkan mengandung pada waktu yang sama. Dali merasakan bahawa dia patut lebih memberikan perhatian pada Rubiah oleh kerana ibu Aishah boleh membantunya menjaga Aishah. Walaupun di desak oleh ibu Aishah untuk Dali menjenguk Aishah, Dali tetap berkeras. Rubiah mencari pelbagai alasan agar suaminya tidak pulang ke rumah Aishah. Sehingga Aishah terpaksa melahirkan bayinya tanpa Dali di sisinya.

Akibat tertekan dengan perbuatan suami dan madu, Aishah menjadi kurang siuman. Ibu Aishah yang uzur terpaksa menjaga Aishah dan cucunya Maya tanpa bantuan Dali. Sementara itu, Rubiah juga melahirkan anak perempuan diberi nama Sari.

Setelah 7 tahun berlalu, keadaan Aishah semakin teruk dan tidak dapat dibantu lagi. Pada suatu hari Aishah hilang dari rumah. Ibu Aishah dan Maya mencarinya dikeliling kampung dan terjumpa Aishah bermain di sungai. Ibu Aishah cuba menyelamatkan Aishah akan tetapi keduanya mati lemas. Dali berasa sedih dan menyesal dengan perbuatannya. Dali akhirnya membawa Maya tinggal bersama Rubiah dan anaknya Sari. Sejak Maya tinggal bersama ibu dan adik tirinya itulah bermula episod sedih yang menyentuh perasaan penonton. Kehadiran Maya tidak disenangi oleh Rubiah dan Rubiah juga sering menganiaya dan menyiksa Maya. Malah, Rubiah juga sering membezakan Maya dengan anaknya Sari. Kisahnya bersambung...
(Sumber: beta_carotene: http://mforum3.cari.com.my/)

Sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.tv9.com.my/
http://www.budiey.com/
beta_carotene: http://mforum3.cari.com.my/